Mezain dan Lagu

Lagu itu menceritakan kehidupan dan juga luahan dari perasaan hati


Dapatkah anda bayangkan betapa mudahnya untuk mendapat jutaan ringgit dengan hanya menjual dan memberi hak penyiaran eksklusif gambar anak anda kepada pihak media.

Alangkah bertuahnya pasangan popular Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie ni, dengan memberi hak penyiaran eksklusif kepada pihak media untuk menyiarkan gambar anak kembar mereka yang baru dilahirkan mereka dibayar berjuta juta oleh pihak media yang ingin melariskan jualan mereka.

Mudahnya mereka mendapat wang dan disesetengah tempat pula terdapat insan insan yang kelaparan kerana tidak mempunyai wang... Begitulah kehidupan. Walau bagaimanapun menurut mereka, wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan.