Kehidupan bagaikan roda berputar kadang kala kita gembira adakalanya sedih. Pengalaman memberi erti mendalam dalam hidup kita. Bila hati dah terluka sukar untuk mengubatinya. Semuanya berlalu dan tak mungkin kembali. Itulah kehidupan.... Semoga ianya memberi satu pengalaman kita sebagai manusia sama ada lelaki mahupun wanita. Bila hati dah dipermainkan kepercayaan itu makin hari makin pudar ... dan kesalahan terletak pada diri kerana telalui mempercayai... namun segalanya bagaikan mimpi berlalu dan sukar untuk diputar kembali... NYATANYA KITA MASIH DISINI SENDIRI SEPI MENGHITUNG HARI BERLALU PERGI
Cuba korang dengar lagu ni memang tangkap syahdu, aku memang tak pernah dgr lagu ni, cara tak sengaja aku pi kat blog menteil ada lagu ni pastu pi kat blog din beramboi pun ada juga so makin lama rasa tertarik lak kat lagu ni dengan melodinya... Tapi mengikut cerita diaorang lagu ni dinyanyi oleh oleh seorang banduan bernama hazwan sebelum dia ke ke tali gantung menjalani hukuman kerana membunuh kekasihnya dan juga exbfren kekasih dia. Aku cuma cerita apa yang telah diaorag cerita jer.. Aku sendiripun tak tau cerita sebenarnya..
Si Hazwan ni ketali gantung kerana membunuh kekasihnya kerana sang kekasihnya tu telah berubah cintanya kepada bekas boyfren lama dia. Dalam dia tengah dok asyik bercinta dengan perempuan ni tiba tiba datang pulak kekasih lama pompuan ni nak rujuk semula tanpa memikirkan perasaan si Hazwan ni. Adakah patut camtu pulak ek.. Yela.. kekasih lamakan, sikit sebanyak mesti ada perasaan sayang lagi tersimpan kat lubuk hati. Yang pompuan pulak dah jadi serba salah tak tau nak pilih siapa. Tapi mungkin cinta si Hazwan ni terpahat dalam kat dalam hati sehingga tak dapat menerima hakikat lalu jadilah dia sebagai seorang pembunuh. Jadi moral dari cerita ni jadilah kekasih yang setia walaupun kekasih lama ajak rujuk k..
Menurut sumber lagi sebelum ketali gantung tu si Hazwan meminta sebuah gitar dan pita rakaman dari pegawai penjara tu supaya dia dapat merakamkan lagu ni dan minta disebarkan oleh pegawai penjara tu. Dan satu lagi sumber mengatakan kawan dia datang ke penjara dan merakamkan lagu tu.. Mana satu betul Wallahualam...
Kisah cinta yang buat airmata aku laju mengalir tetapi cinta yang tidak boleh dijadikan sejarah..moral of the story....jgn butakan matahati kerana cinta yang hanya sementara kerana ada cinta yang lebih agung yang lebih kekal,carilah cinta itu wahai teman...
2 comments:
aku terperasan nama aku kat sini la...
hehe..
Kisah cinta yang buat airmata aku laju mengalir tetapi cinta yang tidak boleh dijadikan sejarah..moral of the story....jgn butakan matahati kerana cinta yang hanya sementara kerana ada cinta yang lebih agung yang lebih kekal,carilah cinta itu wahai teman...
Post a Comment