Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan. "Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tapi bagaimana cara aku hidup di sana, aku begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab , "Aku telah memilih seorang malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu. Bayi itu merayu, "Tapi di sini di dalam syurga, apa yang pernah aku lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi aku untuk berbahagia. Tak perlu untuk aku dihantar ke dunia".
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia".
"Dan bagaimana aku dapat mengerti saat orang berbicara kepadaku jika aku tidak mengerti bahasa mereka"?
"Malaikatmu akan berbahasa kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara".
"Dan apa akan aku lakukan ketika aku ingin berbicara dengan-Mu". "Malaikatmu akan mengajar kepadamu bagaimana cara kamu berdoa".
"Aku mendengar bahawa di bumi ada orang jahat . Siapa yang akan melindungi aku?".
"Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin mengancam jiwanya. Tapi aku pasti mereka sedih kerana tidak dapat melihatmu lagi".
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu dapat kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisimu".
Saat itu syurga begitu terang sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika aku harus pergi sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku apakah nama malaikat tersebut?".
"kamu akan memanggil malaikat itu, IBU".
Subhanallah!!! Ingat selalu akan kasih sayang ibu. Berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa". Selamat Hari Ibu.
0 comments:
Post a Comment