Mezain dan Lagu

Lagu itu menceritakan kehidupan dan juga luahan dari perasaan hati





Wah.. Syahdunya lagu ni, Patah hati sampai merajuk masuk dalam hutan..hehe patah hati tu lebih sakit dari sakit gigi kot, kalau anda patah hati apa kata kalau cuba tips dibawah ni untuk menghilangkan rasa patah hati tu..



1. Simpan semua kenangan indah bersama sidia
Simpan semua barang pemberian sidia sewaktu anda sedang hangat bercinta dengan sidia, simpanlah kat dalam stor ke atau bagi je kat siapa yang nak barang tu supaya kita tak terpandang lagi barang tu yg boleh mengingatkan kita pada sidia lagi.



2. Jangan mengingati masa lalu
Kalau boleh takyah lagi mengunjungi tempat tempat yang biasa kita pergi bersama sidia semasa sedang hangat bercinta dulu kerana ia pasti akan mengimbau kenangan lama so jauhkan dari lokasi tersebut.



3. Sibukkan diri dengan kerja
Buat buatlah sibukkan diri, takyahlah nak berkurung je dalam bilik, tolong tolonglah orang tua kemas rumah , bersihkan longkang, cuci bilik air, potong rumput dan banyak lagi kerja yang sebelum ni anda buat buat tak nampak jer..hehe



4. Menulis atau buat blog
Kalau anda memang berbakat untuk menulis, masa ni lah paling sesuai untuk menulis lirik ke, puisi ke atau apa apa jer yang boleh menenangkan perasaan patah tu sebab biasanya orang yang patah hati mempunyai hasil tulisan yang puitis. Buat blog dan publishkan hasil tulisan anda yang puitis tu. Dapat jugak kemahiran baru.



5. Cari jer teman baru
Kenapa nak bersedih..kan ramai lagi yang boleh kita jadikan teman, bak kata pepatah bunga bukan sekuntum kumbangpun bersepah so pandai pandailah nak cari...



Sekian. Tu jela tips merapu akibat dari kebosanan (patah hati)



Dapatkan Rahsia Bagaimana menggunakan YouTube untuk menghasilkan pendapatan

1 comments:

Wah...nmpk mcm tuan yg menulis ni patah hati jer...pesanan tu utk awak gak kan..hehehe..apa2 pun mng betullah apa yg awak katakan tu..
1. Sayang nak buang apa saja pemberian sidia..kalau bg kat org lg sayang...simpan tmpt yg agak2 tk nampak..oklah tu.
2.mcnne tknk ingat masa lalu..otak kita ni mng tkkn berhenti mengingati..dah tu pulak tmpt yg kita pernah pegi bersama tu mng kita kena lalui juga..
3.sibuk2kan diri juga...tp walaupun tgn,kaki buat keja otak pun sama buat..heheeh
4.hah!..buat dah...menulis kat blog...tp lagilah haru...buat entri pasal patah hati lagi..
5.Cari teman baru?...alamak..ni yg payah ni...wlupun kumbang bersepah...tk sama dgn yg pergi tu...hehhe..nak yg pergi tu gak...