Mezain dan Lagu

Lagu itu menceritakan kehidupan dan juga luahan dari perasaan hati

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat Bulan dan Matahari....

Sayangilah Bapa Selagi berpeluang
Kasih Ayah berkorban apa saja...

Selagi orang tua kita ada, selagi itulah kita rebut segala peluang yang ada dan yang sempat. Memang sekarang anda tidak terasa jika bapa sudah tiada, tetapi percayalah ada masa masanya, anda pasti terasa perlukan dia disaat saat anda memerlukan. Dan tika itu jika anda sesali apa yang anda lakukan padanya, mungkin ia sudah terlambat. Anda tidak akan faham maksud tersirat jika anda belum melaluinya.

Korbankanlah beberapa ringgit, hubungi ayah dan risik khabarnya. Ingatan sekali dalam seminggu sudah cukup baik semasa hayatnya daripada ingatan sepanjang masa tika dia didalam perut bumi.

Ayah adalah kawan lelaki terbaik yang harus kita hargai walaupun satu ketika dulu kita pernah dapat penampar Jepun dari sifatnya yang garang tu. Berikan sedikit kegembiraan pada bapa dihujung hujung usia mereka sebelum dia dijemput Ilahi.


0 comments: