Mezain dan Lagu

Lagu itu menceritakan kehidupan dan juga luahan dari perasaan hati


Penglihatan merupakan satu nikmat tuhan yang paling berharga. Kita dikurniakan mata untuk menikmati keindahan alam ciptaannya. Dengan sepasang mata kita dapat melihat segala keindahan dunia. Bayangkan pula betapa gelapnya sekeliling kita andainya nikmat ini ditarik semula.

Dalam peribahasa melayu juga kita sering menggunakan mata untuk menerangkan sesuatu sifat atau tabiat manusia itu sendiri. Contohnya :

  • Mata keranjang - Lelaki ataupun perempuan yang suka menggoda perempuan perempuan cantik untuk dijadikan pasangan mereka.
  • Mata duitan - Lelaki atau perempuan yang hanya mencari pasangan yang berharta dan lebih kearah materialistik.
  • Mata belalang - Orang yang kuat berjaga malam seolah olah tiada waktu tidur.

Ramai juga yang jatuh cinta melalui mata kerana sifat mata yang suka pada keindahan. Lalu wujudlah istilah cinta pandang pertama, dari mata turun kehati, Bak kata lirik lagu Allahyarham R. Azmi..

Dari kerana mata

Yang mempunyai kuasa

Ohh.. Aku tergoda

Aku tergoda terkecewa

Satu kagi lagu mengenai mata yang dinyanyikan oleh Noor Kumalasari

Mata memandang

mata menggoda

Matalah puncanya

oh oh..mata

Dari matalah ia datang

Turunlah kehati...

Tidak kurang juga yang dijadikan teka teki. Kalau korang tau jawaplah teka teki ini.

  1. Dalam banyak banyak mata, mata siapa yang paling besar sekali di dunia.
  2. Orang akan berasa sedih kalau mereka kehilangan mata yang satu ini. Walaupun mereka masih ada kacamata ataupun cermin mata.



1 comments:

org kata mata sy " mata ikan keli"

tatau..kecik kot

hehehee